Berapa ekor ayam piru saya?
Ayam piru yang pertama berada di ladang Kuala Ketil dibeli oleh adik ipar saya. Seekor berwarna hitam (jantan) dan seekor lagi berwarna putih.. Iaitu sepasang ayam piru black and white.
Kemudian diikuti oleh 19 ekor ayam piru dari Ipoh. Jantan mungkin dalam 6 ekor. Yang lain-lain itu tidak pasti lagi jantinanya. Kena tunggu lagi sebulan. Umur dia orang ini dalam 4 ke 5 bulan.
Diikuti ayam piru yang dibeli dari Kubang Menerong sebanyak 20 ekor dan 5 ekor ayam belanda/mutiara. Tapi berlaku kemalangan di dalam reban ketika itu di mana mentol elektrik terjatuh dan memakan korban sebanyak 7 ekor. Di mana ayam piru yang terkorban sebanyak 5 ekor dan 2 ekor ayam mutiara/belanda. Di dalam kumpulan ayam piru ini terdapat jenis baka French sebanyak 5 ekor. Umur bagi kumpulan ini di antara 2 ke 3 bulan.
Setelah hampir dua bulan tanpa kedatangan ayam piru baru, saya dan adik ipar saya menjelajah satu Pulau Pinang untuk mendapatkan anak ayam piru. Saya pun berjumpa dengan Sifu Abang Hashim dan dapatlah 5 ekor ayam piru dan saya beli dua ekor ayam selasih ( terdapat 2 jenis ayam selasih, nanti saya ceritakan macam mana beza bagi kedua-dua ayam ini). Dua minggu seterusnya , saya terpaksa ziarah Abang Hashim lagi dan saya dapat 8 ekor ayam piru dan saya beli lagi dua ekor ayam selasih ( tapi sayang seekor dari ayam selasih ini telah mati).
Kemudian saya dan adik ipar masuk ke kawasan Teluk Kumbar dan berjumpa seorang lagi penternak. Kat sini first time saya tengok inkunbutor menetas telur ayam piru ini. Beliau dapat bantuan dari pihak Jabatan Pertanian. Nanti saya share gambar masa melawat ladang ini. Di sini kami dapat 30 ekor anak ayam piru. Kalau ikut teori 27 ekor anak ayam yang berwarna hitam mungkin jenis French. Kena tunggu besar sikit. Umur ayam ini sekarang dalam 2 minggu
Sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurang 200 ekor ayam piru sebelum akhir tahun ini semakin tercapai. Minggu lepas (20hb dan 21hb Jun 2009) kunjungan ke dua lokasi berbeza , pihak kami dapat menambah bilangan anak ayam piru kami sebanyak 28 ekor lagi dan seekor anak ayam belanda/mutiara. Yang ini umur baru dalam seminggu atau dua minggu.
Kesemua anak-anak ayam piru yang kami beli ini , kami masukan dalam satu reban yang sama. Jadi ayam piru yang paling tua pun saya rasa dalam umur 3 minggu ke empat minggu.
Ada cerita yang sedih bagi ayam piru yang berumur 3 minggu ini. Nanti saya ceritakan pada minggu hadapan. Pada mereka yang berminat dengan ayam piru ini dan ini mendapatkan bekalan anak ayam piru sila hantar email kepada saya di: rafitm@hotmail.com
Sekian
Thursday, June 25, 2009
Cerita Saya Tentang Ayam Piru aka Turkey aka Belanda
Labels:
Angsa,
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey,
itik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment