Showing posts with label Ayam Belanda. Show all posts
Showing posts with label Ayam Belanda. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Ayam Mutiara aka Api-api

Salam Semua. Agak lama juga saya tidak update blog saya ini. Mungkin sebab tiada masa. Untuk pembaca saya ingin membeitahu bahawa bidang penternakan yang saya ceburi sekarang telah dikembang dengan penternakan ayam kampung dan burung puyuh. Ini disebabkan saya telah mengurang jumlah ternnakan ayam piru aka turkey dan juga ayam mutiara.

Fokus selepas ini adalah jualan yama kampung di mana permintaan adalah agak menarik berbanding dengan ayam piru dan juga mutiara. Tetapi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak ayam piru , tuan-tuan boleh juga menghubungi saya tetapi kena booking dulu disebabkan kekuranag produktiviti. Harga dalam RM 9 tetapi bergantung pada jumlah permintaan.

Buat masa ini saya ada stok anak ayam mutiara aka api-api yang ada sebanyak 30 ekor, Sesiapa yang berminat, tuan-tuan boleh hubungi saya dengan segera berdasarkan siapa dulu dia dapat. Harga dalam RM 7.00 seekor kerana umur anak ayam mutiara ini berumur di antara 2 minggu ke 4 minggu.

Semoga berjumpa lagi di lain minggu.

Friday, March 18, 2011

Ayam Piru

Sesiapa ingin membeli anak ayam piru, saya menjual pada harga RM 6 seekor untuk umur bawah seminggu.

Cara Memelihara dan menjaga anak ayam piru

Untuk menjaga anak ayam piru, agak mencabar kerana perlukan perhatian yang lebih berbanding dengan ayam biasa. Pada peringkat umur seminggu , merupakan kadar kematian adalah tinggi.

Untuk jagaan yang bersistematik, saya cadangkan agar reban yang tertutup adalah lebih baik. Tetapi pastikan reban ini mendapat pengaliran udara yang segar. Ini disebabkan masalah nyamuk adalah penyerang utama anak ayam piru. Ini akan menyebabkan penyakit puru. Seboleh-bolehnya anak ayam ini jangan dibela di atas tanah. Jerami padi adalah pelapik yang sesuai untuk reban ayam kerana penyimpan haba yang baik. Lampu adalah sumber pemanasan dan juga mengelak nyamuk dan perlu dipasang pada waktu senja sehingga subuh.

Sesiapa yang berminat untuk memelihara anak ayam piru berumur bawah seminggu, saya menjual pada harga RM 6 seekor.

Penyaki Hawar atau Sampar

Bagi penternak ayam dan piru, penyakit ini seperti telah menjadi lumrah. Ada yang menerima sampai 2 atau 3 kali. Bagi saya selalunya penyakit ini telah menjangkiti ternakan kita, baru kita mencari ubat atau ikhtiar bagi mengatasinya.

Tapi agak malang, ternakan ini ada yang tidak mampu menahan penyakit tersebut dan ada juga yang mampu mengatasinya. Kemungkinan cara yang terbaik sekali ialah mendapat nasihat dari pihak Jabatan Pertanian di mana dari segi ubat-ubatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.
Di samping itu kita perlu alert sekiranya sekitar kawasan yang berdekatan dengan tempat penternakan kita ada berlakunya penyebaran penyakit tersebut. Pada masa ini kita boleh mengatasi atau melindungi ternakan kita dengan ubat-ubatan tersebut.

Cara yang saya lakukan sekarang ialah menjaga kebersihan kawasan ternakan dan juga kandang bagi tujuan menyediakan keadaan suasana yang selesa dan persekitaran yang sihat.

Saturday, July 10, 2010

Stok Jualan Untuk Raya







Lama juga saya tidak update blog saya ini. Ok bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan ayam piru sempena Hari raya Aidil Fitri boleh booking dengan saya melalui sms atau call. Setakat ini baki stok yang ada sebanyak 10 ekor sahaja. Bagi ayam-ayam piru lain telah selamat disambar oleh pembeli dan rasanya dah selamat berada di dalam peurt mereka.

Disertakan gambar-gamber ayam piru yang telah tiada dalam stok. Faham-faham la maksud saya tu.

Monday, May 3, 2010

Jualan Ayam Piru Untuk hari Raya Puasa

Pada musim perayaan hari raya puasa ini , pihak saya bercadang ingin menjual ayam-ayam piru saya pada harga RM 17.00 sekilo. Bagi mereka yang berminat pihak tuan/puan bolehlah membuat booking sekarang di mana harga ini akan kekal hanya sehingga bulan Jun 2010 sahaja. Bagi ayam-ayam piru yang tidak dibooking pihak saya akan menyerahkan ayam tersebut pada pihak peraih yang akan mengambil stok mulai bulan Ogos.

Cara-cara booking adalah menghantar sms kepada En Noor Amin seperti no handphone dalam blog ini atau kepada pihak saya sendiri.

Jualan Pasangan Ayam Piru kedua



Ini adalah pasangan ayam piru yang kedua di mana ayam ini telah bertelur. Manakala ayam jantan tersebut telah pun matang berumur 7 bulan. Harga yang ditawarkan bagi pasangan ini adalah RM 180.00 juga.

Ayam Piru Yang Matang



Bersama ini saya sertakan gambar ayam piru yang telah matang dan sedang bertelur. Saya bercadang untuk menjualnya secara berpasang-pasang. Harga bagi ayam piru bagi pasangan pertama ini ialah RM 180.00 sepasang.

Monday, January 11, 2010

Pakej Baru Ayam Piru

Salam Sejahtera kepada Tuan/Puan

Terdapat beberapa masalah yang selalu dihadapi oleh penternak ayam piru. Antaranya jualan yang berterusan sepanjang tahun. Salah satu caranya ialah menjual anak ayam piru tersebut. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar overhead bagi setiap bulan. Kebanyakan anak ayam yang dijual selalunya umur di antara seminggu ataupun 2 atau 3 minggu. Bagi penternak baru kemugkinan untuk menjaga anak-anak ayam piru ini agak sukar sedikit. Ada di antara mereka yang akan kematian anak-anak ayam piru ini.

Bagi mengurangkan kadar kematian anak-anak ayam piru, cara yang agak terbaik ialah dengan membela anak ayam piru yang berumur lebih dari sebulan ke atas. Di sini saya ingin menawarkan anak-anak ayam yang berumur sebulan sehingga berumur 4 bulan. Pihak tuan/puan boleh beli secara sepasang atau banyak sekali. Sekiranya berminat sila hubungi telefon saya di dalam blog ini.

Thursday, January 7, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalammualaikum !

Dah lama tak update blog saya. Agak sibuk kebelakang ini kerana bebarap masalah. Hari ini saya nak share serba sedikit tentang perkembangan ladang ayam piru saya ini. ini dikira tahun kedua saya telah menternak ayam piru ini. Alhamdullilah, banyak cabaran dan juga penjagaan yang perlu dibuat. Setakat ini saya masih lagi maintain 100 ekor lagi. Ini termasuk yang kecil umur dalam 3 bulan.

Niat dihati saya nak jual bukan sahaja daging tapi juga anak ayam piru yang berumur sebulan ke atas untuk peminat yang nak bela saja atau peminta yang bela dan korbankan ayam piru raya nanti. Buat masa adalah amat sesuai untuk membeli anak bagi tujuan dikorban pada raya nanti.

Jumpa lagi.

Tuesday, November 24, 2009

PRINCESS

Semenjak saya berkecimpungan dengan dunia penternakan ayam piru ini, banyak benda yang saya telah pelajari. Salah satunya ialah berat seekor ayam piru. dari maklumat yang saya perolehi ayam jantan piru/turkey ini boleh mencapai sehingga 15 kilo. Ada yang kata lebih dari 20 kilo. Setakat ini saya belum jumpa lagi berat 20 kilo ini. bagi ayan betina pulak berat antar 2 kilo sehingga 3 kilo.

Tetapi selepas saya beli Princess , iaitu seekor ayam piru betina berwarna putih dan berbintik-bintik hitam beratnya ialah 3.3 kilo. Sememangnya ayam betina cantik dan jadi rebutan ayam jantan yang lain. Setakat ini Princess belum lagi bertelur. Hopefully boleh dapat anak yang besar dan cantik.

Nanti saya akan masukkan gambar Princess.

Tuesday, November 10, 2009

JUALAN STOK DAGING AYAM PIRU AKA TURKEY

Dalam kandang saya terdapat 15 ekor ayam jantan yang boleh dijual. Anggaran berat di antara 5 kg - 7 kg. Sesiapa yang berminta sila beritahu saya. harga bergantung kepada jumlah ayam yang diambil

Stok Ayam Piru aka Turkey

Agak lama juga saya tak update blog saya ini. Tapi ada berita baru yang nak dishare dengan semua orang. Setelah berkecimpung dalam arena penternakan ini, ada juga hasil yang dapat diraihkan. Setakat ini jualan anak ayam piru mendapat permintaan tetapi ketiadaan resouces bagi memenuhi permintaan tersebut. Purata anak ayam piru yang menetas dari 10 ekor sehingga 17 ekor seminggu. Ini kerana ibu ayam piru adalah kecil jumlahny iaitu 13 ekor sahaja. Terdapat ayam betina yang lain tapi masih dalam proses menuju kematangan. Dijangka bulan December nanti golongan ini boleh menghasilkan telur. Itu pun jumlahnya dalam 11 ekor sahaja.

Sunday, August 23, 2009

3rd Generation Ayam Piru akaTurkey











Ini adalah pertama kali ayam piru 3rd G keluar dari rebannya yang membosan mereka. Mereka ini dibawa di ladang yang telah dipagar. Mereka pun memakan rumut-rumput dan serai yang ada di situ. Bagi yang jantan pula mengembangkan bulunya bagi menunjukkkan aksi-aksi yang boleh menarik kaum betina. Lihat gambar di mana ayam ini dalam proses untuk masuk ke reban semula, Mungkin mereka masih janggal lagi.

Saturday, August 22, 2009

Dalam Kenangan: 6 Ekor Anak Ayam Piru








Disertakan gambar anak ayam piru yang ditetaskan oleh inkubator saya.Keenam-enam ayam piru tersebut telah mati. Kami menunggu batch ke 2 telur ayam piru ini yang akan ditetaskan pada akhir bulan ini. Beberapa langkah telah diambil di mana reban anak ayam piru yang akan ditetaskan ini akan diubahsuaikan. Bagi mengelakkan anak ayam piru ini berada dalam keadaan sempit dan sesak.

Tuesday, August 18, 2009

Anak Ayam Piru dari Inkubator

Lama juga saya tak dapat nak update blog saya ini disebabkan kesibukan masa. Untuk perkongsian informasi , anak ayam piru yang ditetaskan sebanyak 6 ekor itu telah mati. Saya pun tidak pasti mengapa? Mungkin saya kena asing dari anak ayam yang lain dulu. Jadi saya terpaksa modified reban yang ada supaya anak ayam piru yang baru ditetaskan kena asing dulu. Mungkin anak ayam itu tak kuat lagi.

Monday, August 10, 2009

Inkubator

Ayam piru yang saya bela sebanyak 21 ekor ( 7 jantan dan 14 betina) telah menghasilkan telur sebanyak 26 biji ( setakat 9.8.09). Pada awalnya telur ayam piru ini dieramkan dengan menggunakan ibu ayam. Masalah utamanya masa itu tidak banyak ibu ayam yang sedang mengeram. Di samping itu telur ayam piru ini agak besar sedikit dari telur ayam jadi jumlah telur yang dieramkan adalah kecil. Sebagai alternatif bagi mengatsi masalah ini saya berserta pak mentua dan adik ipar menziarahi partner kita En Arif di Pinang Tunggal untuk mendapatkan satu mesin inkubator bagi tujuan menentaskan anak ayam ini.

Sebanyak 23 biji telur ayam piru dan 3 biji telur ayam kampung telah di masukkan ke dalam inkubator tersebut. Tarikh telur-telur tersebut dimasukkan ialah pada 2.8.09 iaitu tarikh yang sama dengan tarikh inkubator itu dibeli. Telur ayam yang dimasukkan sebanyak 3 biji itu adalah telur yang ditinggalkan oleh ibu ayam selepas anak ayam yang lain telah menetas. Pada hari Rabu 5.8.09 sebiji dari telur ayam tersebut telah menentas di dalam inkubator tersebut.

Pada tarikh 9.8.09 pula , 6 biji ayam piru yang dieram sebelum ini dengan ibu ayam telah menetas di dalam inkubator tersebut. Pada awal petang ( 3.00 - 6.00 petang) sebanyak 3 biji telur ayam piru telah ditetaskan. Sehingga malam lagi 3 biji lagi menetas dalam inkubator tersebut. Tetapi ada sebiji telur ayam piru yang telah ditebuk kulitnya tetapi anak ayam piru gagal untuk memecahkan telur tersebut Akhir anak ayam yang masih berada dalam telur telah mati.

Tinggal 3 biji telur ayam piru yang masih belum lagi menentas dan sekiranyanya pada 15.8.09 masih tidak menenats, telur kenalah dibuang. Ini kemungkin telur tersebut telah rosak kerana menurut ilmu yang saya perolehi telur ayam piru ini sepatutnya telah menetas dalam jangka masa 28 hari sehingga 29 hari. Walau bagaimanapun mengikut teori , jumlah telur yang berjaya ditetas berdasarkan pengiraan 70 % dari jumlah keseluruhan telur tersebut.

Tuesday, August 4, 2009

Lawatan Ke Ladang Ayam Piru En Asri














Lawatan ke ladang En Asri ini adalah kali yang kedua. Kali yang pertama dahulu adalah untuk melihat dan site survey ladang En Asri. Tapi bagi lawatan kedua ini adalah bertujuan untuk membeli anak ayam piru bagi menambah koleksi di reban saya. Sebanyak 30 ekor anak ayam piru telah dibeli dari En Asri di mana 2 ekor tambahan dari sumbangan dari En Asri. Bercerita tentang kejayaan En Asri ini terdapat 350 ekor ayam betina di ladang beliau ini. Di mana jumlah keseluruhan ayam piru di ladang beliau ini lebih kurang 500 ekor. Semenjak saya berkecimpung dalam dunia ayam piru ini, ladang beliau merupakan jumlah ayam piru yang paling banyak sekali. Hasil dari sembang dengan beliau, jumlah telur yang dikeluarkan seminggu lebih kurang 100 biji sehari. Beliau menentas telur ayam piru ini di kedai di Pekan Kepala batas.Menurut cerita beliau anak ayam piru beliau ini di hantar ke Selangor. Lebih kurang seribu ekor anak ayam piru ini dihasilkan dari ladang En Asri ini.

Monday, August 3, 2009

Gambar Ayam Piru Jantan Sedang Posing







Pada dua minggu yang lepas, adalah hari yang agak sibuk di mana proses memasang pagar di ladang yang baru ditambah. Masa itu kami lepaskan semua ayam piru dari 1st Generation and 2nd Generation untuk bersantai sekejap. Lihat aksi ayam piru jantan di ladang ini. Dari jumlah 21 ekor ayam piru yang kami ada, 7 ekor adalah jantan.Anggaran berat bagi setiap ekor ayam jantan ini adalah lebih kurang 5 kg. ketika ini umur ayam piru ini adalah 6 bulan. Kalau mengikut harga pasaran bagi setiap kilo daging ayam piru ini adalah RM 18. Setakat ini hanya 4 ekor ayam piru ini boleh dipasarkan. Manakala 3 ekor akan dijadikan pejantan bagi 14 ekor ayam betina itu nanti. 3 dari 4 ekor ayam jantan ini telah pun dibooking oleh pihak pelanggan. Hanya tinggal seekor saya yang belum dibooking oleh pelanggan. Kalau tuan/puan berminat sila email aje di rafitm@hotmail.com

Thursday, July 30, 2009

Ladang Ayam Piru




Penambahan ladang ayam piru ini hampir 80 % telah siap. Di mana keluasan untuk ayam piru ini beriadah semakin luas. Projek memasang pagar telah siap pada 26.7.09 hampir pukul 4.00 petang. Oleh demikian kami pun memberi peluang kepada ayam piru ini untuk menikmati kemudahan baru ini. Tetapi semasa ayam piru dilepaskan dari rebannya, ayam piru ini agak takut untuk masuk ke kawasan tersebut.