Monday, August 10, 2009

Inkubator

Ayam piru yang saya bela sebanyak 21 ekor ( 7 jantan dan 14 betina) telah menghasilkan telur sebanyak 26 biji ( setakat 9.8.09). Pada awalnya telur ayam piru ini dieramkan dengan menggunakan ibu ayam. Masalah utamanya masa itu tidak banyak ibu ayam yang sedang mengeram. Di samping itu telur ayam piru ini agak besar sedikit dari telur ayam jadi jumlah telur yang dieramkan adalah kecil. Sebagai alternatif bagi mengatsi masalah ini saya berserta pak mentua dan adik ipar menziarahi partner kita En Arif di Pinang Tunggal untuk mendapatkan satu mesin inkubator bagi tujuan menentaskan anak ayam ini.

Sebanyak 23 biji telur ayam piru dan 3 biji telur ayam kampung telah di masukkan ke dalam inkubator tersebut. Tarikh telur-telur tersebut dimasukkan ialah pada 2.8.09 iaitu tarikh yang sama dengan tarikh inkubator itu dibeli. Telur ayam yang dimasukkan sebanyak 3 biji itu adalah telur yang ditinggalkan oleh ibu ayam selepas anak ayam yang lain telah menetas. Pada hari Rabu 5.8.09 sebiji dari telur ayam tersebut telah menentas di dalam inkubator tersebut.

Pada tarikh 9.8.09 pula , 6 biji ayam piru yang dieram sebelum ini dengan ibu ayam telah menetas di dalam inkubator tersebut. Pada awal petang ( 3.00 - 6.00 petang) sebanyak 3 biji telur ayam piru telah ditetaskan. Sehingga malam lagi 3 biji lagi menetas dalam inkubator tersebut. Tetapi ada sebiji telur ayam piru yang telah ditebuk kulitnya tetapi anak ayam piru gagal untuk memecahkan telur tersebut Akhir anak ayam yang masih berada dalam telur telah mati.

Tinggal 3 biji telur ayam piru yang masih belum lagi menentas dan sekiranyanya pada 15.8.09 masih tidak menenats, telur kenalah dibuang. Ini kemungkin telur tersebut telah rosak kerana menurut ilmu yang saya perolehi telur ayam piru ini sepatutnya telah menetas dalam jangka masa 28 hari sehingga 29 hari. Walau bagaimanapun mengikut teori , jumlah telur yang berjaya ditetas berdasarkan pengiraan 70 % dari jumlah keseluruhan telur tersebut.

No comments:

Post a Comment