Friday, April 15, 2011

Ayam Mutiara

Di samping ayam belanda aka turkey, saya juga membela ayam mutiara. Buat masa ini penternakan ayam mutiara agak berjaya dan sedang membiak seperti ayam belanda/piru. Penentasan telur ayam mutiara ini agak banyak di mana hampir 80 % menjadi anak berbanding dengan ayam piru. Data adalah berdasarkan rekod penentasan yang dibuat oleh inkubator saya.

Sesiapa yang berminat untuk membeli anak ayam mutiara saya ini, buat masa ini saya ada stok dalam 34 ekor. Di mana harga buat seminggu ini adalah RM 6 untuk 14 ekor , RM 7 untuk 16 ekor dan RM 8 ekor untuk 4 ekor.

Sesiapa yang berminta sila hubungi saya

Friday, March 18, 2011

Ayam Piru

Sesiapa ingin membeli anak ayam piru, saya menjual pada harga RM 6 seekor untuk umur bawah seminggu.

Cara Memelihara dan menjaga anak ayam piru

Untuk menjaga anak ayam piru, agak mencabar kerana perlukan perhatian yang lebih berbanding dengan ayam biasa. Pada peringkat umur seminggu , merupakan kadar kematian adalah tinggi.

Untuk jagaan yang bersistematik, saya cadangkan agar reban yang tertutup adalah lebih baik. Tetapi pastikan reban ini mendapat pengaliran udara yang segar. Ini disebabkan masalah nyamuk adalah penyerang utama anak ayam piru. Ini akan menyebabkan penyakit puru. Seboleh-bolehnya anak ayam ini jangan dibela di atas tanah. Jerami padi adalah pelapik yang sesuai untuk reban ayam kerana penyimpan haba yang baik. Lampu adalah sumber pemanasan dan juga mengelak nyamuk dan perlu dipasang pada waktu senja sehingga subuh.

Sesiapa yang berminat untuk memelihara anak ayam piru berumur bawah seminggu, saya menjual pada harga RM 6 seekor.

Penyaki Hawar atau Sampar

Bagi penternak ayam dan piru, penyakit ini seperti telah menjadi lumrah. Ada yang menerima sampai 2 atau 3 kali. Bagi saya selalunya penyakit ini telah menjangkiti ternakan kita, baru kita mencari ubat atau ikhtiar bagi mengatasinya.

Tapi agak malang, ternakan ini ada yang tidak mampu menahan penyakit tersebut dan ada juga yang mampu mengatasinya. Kemungkinan cara yang terbaik sekali ialah mendapat nasihat dari pihak Jabatan Pertanian di mana dari segi ubat-ubatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.
Di samping itu kita perlu alert sekiranya sekitar kawasan yang berdekatan dengan tempat penternakan kita ada berlakunya penyebaran penyakit tersebut. Pada masa ini kita boleh mengatasi atau melindungi ternakan kita dengan ubat-ubatan tersebut.

Cara yang saya lakukan sekarang ialah menjaga kebersihan kawasan ternakan dan juga kandang bagi tujuan menyediakan keadaan suasana yang selesa dan persekitaran yang sihat.

Tuesday, February 8, 2011

Selamat Datang Tahun 2011


Agak lama saya tidak update blog saya ini. Ini disebabkan tugas harian dan tugas untuk family yang tidak pernah selesai.

Menternak ayam piru menyeronokan sebab boleh melihat tingkah laku haiwan yang berada di ladang kita. Bagi mereka yang mempunyai kerja tetap , tekanan kerja dapat dikurangkan dengan melihat ayam-ayam ini berlari di sekitar ladang tersebut.

Pada kawan-kawan yang sama-sama berkecimpung dalam arena penternakan ayam piru ini saya ingin doakan agar kita berjaya dan berpeluang untuk bertemu pada masa hadapan.

Saya bercadang untuk mengumpul kumpulan penternak-penternak ayam piru ini agar dapat bergabung dan membangunkan perniagaan ayam piru ini bersama. Sekiranya sesiapa yang berminat silalah berhubung dengan saya atau email kepada saya - nama, lokasi dan nombor telefon tuan/puan bagi tujuan untuk berhubung.

Semoga kita dapat bertemu nanti.

Terima kasih