Showing posts with label ayam selasih. Show all posts
Showing posts with label ayam selasih. Show all posts

Monday, May 3, 2010

Jualan Anak Ayam Piru

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak ayam piru , saya akan menjual secara pukal di mana harga RM 6 seekor bagi mereka yang membuat tempahan sebanyak 50 ekor. Umur anak ayam piru ini di antara seminggu ke 2 minggu. Sekiranya tuan/puan ingin membuat tempahan sila hubungi secara sms/call kepada pihak saya atau En.Noor Amin seperti nombor handphone di dlam blog ini..

Wednesday, September 2, 2009

Ayam Selasih Part 3


Ini adalah ayam selasih yang berumur hampir 3 bulan. Ayam selasih ini tidaklah berapa besar dibandingkan dengan ayam kampung. Rasa-rasa beratnya kurang dari 1 kilo. Warna ayam ini tetap berwarna putih.

Sunday, July 26, 2009

Ayam Selasih Part 2


Disebelah kanan umur ayam selasih lebih kurang 3 bulan dan sebelah kiri pula 2 bulan (warna putih). Saiz ayam selasih ini tidak besar seperti ayam kampung. Kalau dibandingkan dengan ayam serama atau ayam katik saiznya agak besar sedikit. Warna kulit dan daging ayam selasih ini ialah hitam. Setakat ini saya ada 3 ekor sahaja di mana seekor jantan dan dua ekor betina.

Wednesday, July 22, 2009

Australian Brush Turkey


Turkey jenis ini hanya ada kat Australia aje. Tu yang panggil Australian Brush Turkey. Di panggil juga dengan nama Scrub Turkey atau Bush Turkey. Turkey ini tak ada sangkut paut dengan American Turkeys walaupun bekas Presiden Amerika ada bernama Bush jugak. Bentuk wajah agak mirip macam ayam piru aka Turkey. Boleh makan atau tidak turkey ini tak pasti. Tapi telurnya orang Asli Australia ada makan jugak.

Monday, July 20, 2009

Perancangan Saya Untuk Bulan Julai 2009
Bergantung pada sumber kewangan ketika itu:

1.Nak buat reban ayam piru yang agak luas sedikit. Untuk ayam piru yang kumpulan pertama (21 ekor) dan kumpulan kedua ( 15 ekor). Keluasan bagi kumpulan ini lebih kurang 18 kaki x 9 kaki. – kayu dan zink dah ada

2.Nak besarkan reban ayam kampung. Supaya itik dan ayam kampung boleh join sekali dalam reban tersebut. - siap

3.Membina pagar di sekelilig reban di mana keluasan ladang akan bertambah sebanyak 58 kaki x 40 kaki.- separa siap

4.Nak buat reban anak ayam piru yang rekabentuk lebih sistematik di mana ianya akan digunakan untuk buat analisa kesihatan anak piru yang dibeli dari penternak berbeza. – 90 % siap

5.Buat lawatan di 3 lokasi penternak ayam piru di sekitar Kedah dan Penang. – 1 lokasi lagi belum lawat.

6.Nak beli anak ayam piru tambahan sebanyak 40 ekor sehingga akhir Julai nanti.

7.Nak mohon bantuan inkubator.


Wednesday, July 15, 2009

Ayam Selasih


Pernah tengok atau dengar ayam selasih. Selalunya orang cari ayam selasih ini untuk buat ubat. Dagingnya warna hitam, bulunya warna putih dan amat cantik sekali. Saya ada 3 ekor ayam selasih yang berumur dalam sebulan. Ayam selasih ini ada 2 jenis. Rupa kedua-duanya sama saja tapi hanya bezanya dikaki sahaja. Sebab bagi yang original ayam selasih , kuku kakinya ada 5 atau 6 jari dan kakinya berbulu. Lihat gambar saya ini di mana ayam selasih sedang posing (warna putih)