Tuesday, November 24, 2009

PRINCESS

Semenjak saya berkecimpungan dengan dunia penternakan ayam piru ini, banyak benda yang saya telah pelajari. Salah satunya ialah berat seekor ayam piru. dari maklumat yang saya perolehi ayam jantan piru/turkey ini boleh mencapai sehingga 15 kilo. Ada yang kata lebih dari 20 kilo. Setakat ini saya belum jumpa lagi berat 20 kilo ini. bagi ayan betina pulak berat antar 2 kilo sehingga 3 kilo.

Tetapi selepas saya beli Princess , iaitu seekor ayam piru betina berwarna putih dan berbintik-bintik hitam beratnya ialah 3.3 kilo. Sememangnya ayam betina cantik dan jadi rebutan ayam jantan yang lain. Setakat ini Princess belum lagi bertelur. Hopefully boleh dapat anak yang besar dan cantik.

Nanti saya akan masukkan gambar Princess.

Tuesday, November 10, 2009

JUALAN STOK DAGING AYAM PIRU AKA TURKEY

Dalam kandang saya terdapat 15 ekor ayam jantan yang boleh dijual. Anggaran berat di antara 5 kg - 7 kg. Sesiapa yang berminta sila beritahu saya. harga bergantung kepada jumlah ayam yang diambil

Stok Ayam Piru aka Turkey

Agak lama juga saya tak update blog saya ini. Tapi ada berita baru yang nak dishare dengan semua orang. Setelah berkecimpung dalam arena penternakan ini, ada juga hasil yang dapat diraihkan. Setakat ini jualan anak ayam piru mendapat permintaan tetapi ketiadaan resouces bagi memenuhi permintaan tersebut. Purata anak ayam piru yang menetas dari 10 ekor sehingga 17 ekor seminggu. Ini kerana ibu ayam piru adalah kecil jumlahny iaitu 13 ekor sahaja. Terdapat ayam betina yang lain tapi masih dalam proses menuju kematangan. Dijangka bulan December nanti golongan ini boleh menghasilkan telur. Itu pun jumlahnya dalam 11 ekor sahaja.