Tuesday, November 24, 2009

PRINCESS

Semenjak saya berkecimpungan dengan dunia penternakan ayam piru ini, banyak benda yang saya telah pelajari. Salah satunya ialah berat seekor ayam piru. dari maklumat yang saya perolehi ayam jantan piru/turkey ini boleh mencapai sehingga 15 kilo. Ada yang kata lebih dari 20 kilo. Setakat ini saya belum jumpa lagi berat 20 kilo ini. bagi ayan betina pulak berat antar 2 kilo sehingga 3 kilo.

Tetapi selepas saya beli Princess , iaitu seekor ayam piru betina berwarna putih dan berbintik-bintik hitam beratnya ialah 3.3 kilo. Sememangnya ayam betina cantik dan jadi rebutan ayam jantan yang lain. Setakat ini Princess belum lagi bertelur. Hopefully boleh dapat anak yang besar dan cantik.

Nanti saya akan masukkan gambar Princess.

2 comments: