Monday, June 29, 2009

AYAM PIRU KECIL MATI

Terdapat berita kurang gembira pada 23hb Jun 2009, sebanyak 6 ekor ayam piru (berwarna hitam) dari kategori umur kurang dari sebulan telah mati. Berbagai-bagai andaian telah dibuat samada masalah makanan ( sebab baru beli jenis dedak baru), terlalu banyak dalam reban kecil ( jumlah lebih kurang 71 ekor) atau pun kesejukkan ( lampu ada satu mentol 60 watt) sebab hujan dua hari berturut-turut.Semalam pun ada yang masih mati lagi. .Hujung minggu ini ( 4 Julai) kena balik untuk melihat berapa ekor ayam piru yang masih ada.

Thursday, June 25, 2009

Cerita Saya Tentang Ayam Piru aka Turkey aka Belanda

Berapa ekor ayam piru saya?

Ayam piru yang pertama berada di ladang Kuala Ketil dibeli oleh adik ipar saya. Seekor berwarna hitam (jantan) dan seekor lagi berwarna putih.. Iaitu sepasang ayam piru black and white.

Kemudian diikuti oleh 19 ekor ayam piru dari Ipoh. Jantan mungkin dalam 6 ekor. Yang lain-lain itu tidak pasti lagi jantinanya. Kena tunggu lagi sebulan. Umur dia orang ini dalam 4 ke 5 bulan.

Diikuti ayam piru yang dibeli dari Kubang Menerong sebanyak 20 ekor dan 5 ekor ayam belanda/mutiara. Tapi berlaku kemalangan di dalam reban ketika itu di mana mentol elektrik terjatuh dan memakan korban sebanyak 7 ekor. Di mana ayam piru yang terkorban sebanyak 5 ekor dan 2 ekor ayam mutiara/belanda. Di dalam kumpulan ayam piru ini terdapat jenis baka French sebanyak 5 ekor. Umur bagi kumpulan ini di antara 2 ke 3 bulan.

Setelah hampir dua bulan tanpa kedatangan ayam piru baru, saya dan adik ipar saya menjelajah satu Pulau Pinang untuk mendapatkan anak ayam piru. Saya pun berjumpa dengan Sifu Abang Hashim dan dapatlah 5 ekor ayam piru dan saya beli dua ekor ayam selasih ( terdapat 2 jenis ayam selasih, nanti saya ceritakan macam mana beza bagi kedua-dua ayam ini). Dua minggu seterusnya , saya terpaksa ziarah Abang Hashim lagi dan saya dapat 8 ekor ayam piru dan saya beli lagi dua ekor ayam selasih ( tapi sayang seekor dari ayam selasih ini telah mati).

Kemudian saya dan adik ipar masuk ke kawasan Teluk Kumbar dan berjumpa seorang lagi penternak. Kat sini first time saya tengok inkunbutor menetas telur ayam piru ini. Beliau dapat bantuan dari pihak Jabatan Pertanian. Nanti saya share gambar masa melawat ladang ini. Di sini kami dapat 30 ekor anak ayam piru. Kalau ikut teori 27 ekor anak ayam yang berwarna hitam mungkin jenis French. Kena tunggu besar sikit. Umur ayam ini sekarang dalam 2 minggu

Sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurang 200 ekor ayam piru sebelum akhir tahun ini semakin tercapai. Minggu lepas (20hb dan 21hb Jun 2009) kunjungan ke dua lokasi berbeza , pihak kami dapat menambah bilangan anak ayam piru kami sebanyak 28 ekor lagi dan seekor anak ayam belanda/mutiara. Yang ini umur baru dalam seminggu atau dua minggu.

Kesemua anak-anak ayam piru yang kami beli ini , kami masukan dalam satu reban yang sama. Jadi ayam piru yang paling tua pun saya rasa dalam umur 3 minggu ke empat minggu.

Ada cerita yang sedih bagi ayam piru yang berumur 3 minggu ini. Nanti saya ceritakan pada minggu hadapan. Pada mereka yang berminat dengan ayam piru ini dan ini mendapatkan bekalan anak ayam piru sila hantar email kepada saya di: rafitm@hotmail.com

Sekian

Wednesday, June 24, 2009

Sedikit Informasi Yang Menarik Minat Saya



Informasi ini saya dapat di salah sebuah web. Jadi saya copy 100 % untuk tujuan bacan dan rujukan. Gambar ini sahaja dari saya.

Industri ternakan ayam turkey/piru secara komersil di Malaysia bermula semenjak disember 1988. Pada tahun pertama perternakan ayam turkey/piru Pusat Penternakan Unggas, telah membeli 390 biji telur ayam turkey/piru. Sebanyak 320 ekor anak ayam turkey/piru telah ditetaskan. Pada bulan november 1989 , pusat ini telah mengimport baka ayam turkey/piru(British United Turkey) dari England dan mulai bertelur pada julai 1990. Ayam turkey/piru tempatan (Local Bronze) adalah baka yang paling dikenali dan banyak terdapat di Malaysia. Baka import seperti British United Turkey dari England, Betiboul dan Betina diimport dari France adalah di antara baka baru yang telah di import oleh pihak MARDI dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tujuan penyelidikkan , pembangunan dan promosi.

Ayam turkey/piru komersial telah menunjukkan performa yang baik malahan dapat menambat citarasa pelbagai kaum di Malaysia. Teknologi pemeliharaan dan pengurusan ayam turkey/piru komersial dari jenis baka Betiboul dan British United Turkey. Ayam turkey/piru juga berpontensi di ternak untuk di eksport ke Singapura dan Negara Timur Tengah.

Tuesday, June 23, 2009

Melawat Projek Ayam Piru











Tarikh Lawatan : 20.6.09
Masa; Pukul 10.00 Pagi
Objektif; Melawat sambil Belajar. Dan Beli Anak Ayam Piru
Lokasi : Pinang Tunggal

En Arif merupakan salah seorang penternak ayam piru di P.Pinang. Kami berpeluang untuk melawat ladang beliau dan berjaya merakam beberapa foto ayam piru beliau. Terdapat koleksi ayam piru warna kelabu dan juga spesis dari french. Kami dapat membeli 13 ekor ayam piru ( french tu ada dalam 9 ekor kot) dan seekor ayam belanda.

Niat di hati nak tambah koleksi angsa pulak. Setakat ini ada jenis kelabu. Nak try bela yang putih. Mungkin bulan depan try nak dapat angsa putih En Arif.

Resepi Ayam Piru aka Turkey - No 1

Rendang Ayam Piru/Belanda/Turkey

Resepi ini memang sedap,bahan-bahan dan cara nak memasak seperti dibawah.

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam belanda anggaran berat 2.8 kg
2 liter pati santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
350 gm kerisik
Bahan untuk dimayang:
1 kg bawang besar
100 gm bawang putih
750 gm serai
2 ikat daun kunyit

Bahan-bahan dikisar:
100 gm halia
120 gm lengkuas
80 gm kunyit hidup
90 gm cili kering

Cara:
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam Belanda empuk dan kuahnya sebati.

Ayam Piru/Turkey/Belanda

Ayam Piru panggilan orang utara. Macam mana nak start nak bela ayam piru ini sebenarnya dari adik ipar saya. Mula-mula dulu beli 2 ekor sahaja. Dapat sepasang. Sekarang ini umur dah 6 bulan. Sebab masa beli hari itu dalam bulan januari 2009. Masa itu umur anak ayam piru itu dalam umur 2 ke 3 minggu.

Bagaimana nak jaga ayam piru ini?
Sebenarnya kalau tahu macam mana nak jaga , kira senang nak bela ayam piru ini. Musuh utama penyakit ayam piru ini adalah penyakit puru. Bila kena ayam piru ini boleh mati. Tapi kalau tau jaga dan ubatnya, ayam ini kira selamat. Penyakit puru ini datang dari seekor nyamuk sahaja.

Bulan March 2009?
Bila tengok dua ekor ayam piru yang sihat ini , rasa teruja nak buat ayam piru ini cara besar-besaran ( niat dulu). Masa itu booking 64 ekor dari Sifu ( abang Hashim) tapi nak dapat ambil masa 2 bulan. Semangat tengah berkobar-kobar ni, tak tahan nak tunggu lama. Tiba-tiba adik ipar saya kata abang Jimmy Shanley ( Jimmy sorry pakai nama hang dalam blog ni) ada bela ayam piru. Saya , adik ipar saya dan bapa mentua turun kat Ipoh pergi ambik anak ayam piru umur dalam 1 ke 2 bulan. Semangat punya fasal, dekat 2 jam lebih maka berlabuh 19 ekor ayam piru di Kuala Ketil Kedah.

Sekarang umur ayam piru dalam 4 ke 5 bulan dah sekrang ini. nanti saya akan masuk gambar ayam piru dalm blog seterusnya.