Sunday, July 5, 2009

TELUR AYAM PIRU AKA TURKEY


1st generation ayam piru sudah bertelur. Sehingga semalam sejumlah 6 biji telur. Telur yang ke 6 di jumpai pada atap reban ayam. Ayam piru ini bertelur paling banyak 20 biji sahaja. Tetapi bagi yang masih muda ini paling banyak dijangka dalam 10 biji ke 15 biji sahaja. Jangkamasa untuk telur ini ditetaskan ialah 28 hari. Kalau ayam biasa dalam jangkamasa 25 hari. Menurut para penternak ayam piru ini, telur ayam piru muda ini agak kecil dan waktu paling matang ayam piru ini berumur antara 1 setengah tahun ke 3 tahun. Selepas itu telur ayam piru akan nampak besar tetapi kualitinya semakin kurang di mana kadar penetasan telur akan berkurangan. Maksudnya akan dapat banyak telur rosak.

No comments:

Post a Comment