Monday, July 20, 2009

Pemeliharaan Anak Ayam Piru aka Turkey


Kejadian kematian anak ayam piru dengan jumlah yang banyak merupakan pengalaman saya yang pertama. Saya pun tak pasti mengapa anak ayam piru tersebut mati. Dari jumlah sebanyak 71 ekor tinggal 30 ekor setakat ini. Alhamdulilah buat masa ini jumlah tersebut masih kekal 30 ekor. Beberapa persoalan yang timbul mengapa terjadi begitu. Mungkin disebabkan keadaan reban yang kecil ataupun ayam piru tersebut tidak boleh dicampur. Ini disebabkan saya telah beli anak ayam piru ini dari 3 penternak yang berlainan.

Dari pengalam ini saya bercadang untuk tambah reban untuk anak ayam piru ini lagi. Saya jangka reban ini bo;eh isi dalam 30 ke 35 ekor anak ayam piru. Mungkin hujung bulan ini saya akan cuba dapatkan 30 anak ayam piru lagi. Gambar di atas adalah gambar reban ayam piru yang belum siap lagi.

No comments:

Post a Comment