Sunday, July 12, 2009

Reban aka Ladang Ayam Piru aka Turkey



Minggu lepas ( Sabtu dan Ahad) beberapa aktivit bagi menaiktaraf reban aka ladang ini telah dilakukan. Pihak kami telah ke lokasi kayu terpakai bagi membeli beberapa tiang dan zink bagi membuat tambahan reban aka ladang ini. Target untuk siapkan reban aka ladang ini adalah hingga hujung bulan Julai ini. Ini menampung tambahan ayam piru yang berdasarkan kedewasaan sekarang ini adalah sebulan. Keluasan reban ini adalah lebih kurang 14 kaki x 15 kaki. Fully covered dengan zink dan dinding separa zink. Sebelum reban itu dimakeoverkan oleh kami,lihatlah reban original yang yang serba kekurangan. Gambar paling atas ialah kawasan yang akan dipagar tempat ayam piru untuk buat exercise dan jalan-jalan cari makan.Nampak tak tiang dan juga pokok mangga yang berperanan sebagai pokok hiasannya nanti.

No comments:

Post a Comment