Thursday, July 30, 2009
Ladang Ayam Piru
Penambahan ladang ayam piru ini hampir 80 % telah siap. Di mana keluasan untuk ayam piru ini beriadah semakin luas. Projek memasang pagar telah siap pada 26.7.09 hampir pukul 4.00 petang. Oleh demikian kami pun memberi peluang kepada ayam piru ini untuk menikmati kemudahan baru ini. Tetapi semasa ayam piru dilepaskan dari rebannya, ayam piru ini agak takut untuk masuk ke kawasan tersebut.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Ayam Piru Panjat Pokok
Ayam piru aka turkey ini merupankan kategori unggas yang boleh terbang. Kalau dibanding di antara jantan dan betina, ayam betina agak aktif dalam acara terbang ini. Ini disebakan saiz badannya yang agak kecil kerana berat ayam betina lebih kurang antara 4 - 5 kg. Gambar yang ada ini adalah keadaan di mana beberapa ayam betina berada di atas pokok. Ini disebabkan reban yang berada disebelah pokok itu agak rapat dengan pokok mangga tersebut. Ketingggian reban ayam ini lebih kurang dalam 6 kaki.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Sunday, July 26, 2009
Ayam Piru 2nd Generation
Ini adalah gambar ayam piru 3rd generation yang berumur hampir 4 bulan. Terdapat saiz ayam piru yang agak besar kerana jenis baka Black French Turkey yang dibeli dari Abang Hashim di Kubang Menerong. Buat masa ini tidak dipastikan berapa ekor jantan dan berapa ekor betina. Yang pasti yang besar itu adalah jenis jantan.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Anak Ayam Piru 4th Generation
Golongan anak ayam 4th generation ini berumur hampir 3 bulan. Last week seekor anak ayam piru ini telah mati. Seperti yang dijangkakan kerana saiznya kecil dan kurang aktif dibanding dengan yang lain-lain. Gambar reban yang baru ( kayu lama), telah digunakan dan saizny agak tinggi kerana ayam piru dah mula melompat-lompat. Disertakan gambar-gambar untuk dikongsi bersama.
Ayam Selasih Part 2
Disebelah kanan umur ayam selasih lebih kurang 3 bulan dan sebelah kiri pula 2 bulan (warna putih). Saiz ayam selasih ini tidak besar seperti ayam kampung. Kalau dibandingkan dengan ayam serama atau ayam katik saiznya agak besar sedikit. Warna kulit dan daging ayam selasih ini ialah hitam. Setakat ini saya ada 3 ekor sahaja di mana seekor jantan dan dua ekor betina.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam selasih,
ayam turkey
Saturday, July 25, 2009
Wednesday, July 22, 2009
Porcelain Turkey
Ayam jenis ini adalah kacukan menggunakan jenis Ronquière, Red turkeys dan Blue turkeys dari Sweden. Warna ayam piru ini adalah kombinasi 3 warna iaitu biru, putih dan merah. Mata ayam ini berwarna hitam. Berat bagi seekor jantan Porcelain ini ialah 7.5 kg dan betina 4-5 kg. Dalam blog ini adalah gambar seekor ayam jantan Porcelain Turkey.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Jenis-Jenis Baka Ayam Piru aka Turkey
Dari informasi yang saya dapat terdapat 8 jenis baka ayan piru aka turkey ini. Baka tersebut ialah :
1. Bronze Turkey
2. Narragansett Turkey
3. White Holland Turkey
4. Black Spanish Turkey atau Black Norfolk Turkey
5. Blue Slate Turkey
6. Bourbon Red Turkey
7. Beltsville Small White Turkey
8. Royal Palm Turkey
Untuk blog saya ini, saya akan cerita serba sedikit setiap jenis ayam piru aka turkey ini.Ayam turkey jenis Royal Palm Turkey adalah jenis ayam yang paling kurang dibela bagi mendapatkan dagingnya. Ini disebabkan jenis ini dikategori sebagai spesis yang semakin pupus. Di Eropah jenis ayam ini dipanggil Crollweitzer, Pied atau Black-laced White.Lihat gambar disebelah iaitu gambar seekor ayam Royal Palm Turkey jantan.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Nama-Nama Turkey
Saya dapati berbagai-bagai gelaran telah diberi oleh penduduk dunia ini kepada ayam piru ini. Dari segi nama saintifik , ayam ini bernama Meleagris dan nama Englishnya ialah etymology. Lihat dibawah nama-nama lain bagi ayam piru ini.
1.Arabic - dīk rūmī (ديك رومي) bermaksud “Roman rooster”.
2.Bulgarian - Пуйка (puijka) tapi versi dialek pula Мисирка (misirka), dari perkataan Arabic merujuk kepada Egypt.
3.Bengali - titir pakhi
4.Catalan - gall d’indi, bermaksud “Indian chicken”.
5.Chinese - huoji bermaksud “fire chicken”, disebabkan warna kepala ayam tersebut.
6.Czech - krocan divoký.
7.Dutch-kalkoen inspirasi dari bandar Calicut di India,
8.Estonian and Norwegian -kalkun.
9.Swedish - kalkon.
10.Finland - kalkkuna.
11.Egyptian Arabic -“Greek bird”.
12.Farsi - Boogalamoon.
13.French -dinde, bermakna ayam di India.
14.German - Truthahn.
15.Greek - gallopoula bermaksud“French chicken”.
16.Hebrew - tarnegol hodu bermaksud “Indian rooster”.
17.Hungarian - vadpulyka.
18.Indonesian - kalkun dari perkataan Belanda kalkoen.
19.Irish - turcaí.
20.Italian - tacchino.
21.Japanese - shichimencho'dari terjemahan perkataan“seven-faced bird".
22.Korean - chilmyeonjo terjemahan perkataan “seven-faced bird”.
23. Melayu - “Ayam Piru” dari perkataan Portugis yang bermaksud burung atau “Ayam Belanda” (Dutch chicken).
24.Malta - dundjan.
25.Poland - Indyk, merujuk kepada perkatan India.
26.Portuguese - peru.
27.Russian -indeyka (индейка), berkaitan dengan Native American Indian.
28.Scottish - cearc frangach, bermaksud “French chicken”.
29.Spanish - pavo,daripada perkataan Latin peafowl.
30.Turki - hindi yang bermaksud "dari dan berkaitan dengan India".
31.Vietnam - gà tây, bermaksud “Ayam Barat”.
32.Urdu - feel murgh, bermaksud "ayam gajah".
1.Arabic - dīk rūmī (ديك رومي) bermaksud “Roman rooster”.
2.Bulgarian - Пуйка (puijka) tapi versi dialek pula Мисирка (misirka), dari perkataan Arabic merujuk kepada Egypt.
3.Bengali - titir pakhi
4.Catalan - gall d’indi, bermaksud “Indian chicken”.
5.Chinese - huoji bermaksud “fire chicken”, disebabkan warna kepala ayam tersebut.
6.Czech - krocan divoký.
7.Dutch-kalkoen inspirasi dari bandar Calicut di India,
8.Estonian and Norwegian -kalkun.
9.Swedish - kalkon.
10.Finland - kalkkuna.
11.Egyptian Arabic -“Greek bird”.
12.Farsi - Boogalamoon.
13.French -dinde, bermakna ayam di India.
14.German - Truthahn.
15.Greek - gallopoula bermaksud“French chicken”.
16.Hebrew - tarnegol hodu bermaksud “Indian rooster”.
17.Hungarian - vadpulyka.
18.Indonesian - kalkun dari perkataan Belanda kalkoen.
19.Irish - turcaí.
20.Italian - tacchino.
21.Japanese - shichimencho'dari terjemahan perkataan“seven-faced bird".
22.Korean - chilmyeonjo terjemahan perkataan “seven-faced bird”.
23. Melayu - “Ayam Piru” dari perkataan Portugis yang bermaksud burung atau “Ayam Belanda” (Dutch chicken).
24.Malta - dundjan.
25.Poland - Indyk, merujuk kepada perkatan India.
26.Portuguese - peru.
27.Russian -indeyka (индейка), berkaitan dengan Native American Indian.
28.Scottish - cearc frangach, bermaksud “French chicken”.
29.Spanish - pavo,daripada perkataan Latin peafowl.
30.Turki - hindi yang bermaksud "dari dan berkaitan dengan India".
31.Vietnam - gà tây, bermaksud “Ayam Barat”.
32.Urdu - feel murgh, bermaksud "ayam gajah".
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Australian Brush Turkey
Turkey jenis ini hanya ada kat Australia aje. Tu yang panggil Australian Brush Turkey. Di panggil juga dengan nama Scrub Turkey atau Bush Turkey. Turkey ini tak ada sangkut paut dengan American Turkeys walaupun bekas Presiden Amerika ada bernama Bush jugak. Bentuk wajah agak mirip macam ayam piru aka Turkey. Boleh makan atau tidak turkey ini tak pasti. Tapi telurnya orang Asli Australia ada makan jugak.
Labels:
Angsa,
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam selasih,
ayam turkey,
itik
Cerita Menarik Tentang Turkeys
Melalui pembacaan saya terdapat 2 species turkey yang di panggil turkey jugak. Salah satunya Anhinga aka Water Turkey. Gelaran lain bagi Ahningga ini ialah Snakebird, Darter atau American Darter. Makna Anhinga dari bahasa Tupi Brazil ialah bermaksud "Devil Birds" atau "Snake Bird". Bunyi ganas lihat gambar turkey ini.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Monday, July 20, 2009
Perancangan Saya Untuk Bulan Julai 2009
Bergantung pada sumber kewangan ketika itu:
1.Nak buat reban ayam piru yang agak luas sedikit. Untuk ayam piru yang kumpulan pertama (21 ekor) dan kumpulan kedua ( 15 ekor). Keluasan bagi kumpulan ini lebih kurang 18 kaki x 9 kaki. – kayu dan zink dah ada
2.Nak besarkan reban ayam kampung. Supaya itik dan ayam kampung boleh join sekali dalam reban tersebut. - siap
3.Membina pagar di sekelilig reban di mana keluasan ladang akan bertambah sebanyak 58 kaki x 40 kaki.- separa siap
4.Nak buat reban anak ayam piru yang rekabentuk lebih sistematik di mana ianya akan digunakan untuk buat analisa kesihatan anak piru yang dibeli dari penternak berbeza. – 90 % siap
5.Buat lawatan di 3 lokasi penternak ayam piru di sekitar Kedah dan Penang. – 1 lokasi lagi belum lawat.
6.Nak beli anak ayam piru tambahan sebanyak 40 ekor sehingga akhir Julai nanti.
7.Nak mohon bantuan inkubator.
Bergantung pada sumber kewangan ketika itu:
1.Nak buat reban ayam piru yang agak luas sedikit. Untuk ayam piru yang kumpulan pertama (21 ekor) dan kumpulan kedua ( 15 ekor). Keluasan bagi kumpulan ini lebih kurang 18 kaki x 9 kaki. – kayu dan zink dah ada
2.Nak besarkan reban ayam kampung. Supaya itik dan ayam kampung boleh join sekali dalam reban tersebut. - siap
3.Membina pagar di sekelilig reban di mana keluasan ladang akan bertambah sebanyak 58 kaki x 40 kaki.- separa siap
4.Nak buat reban anak ayam piru yang rekabentuk lebih sistematik di mana ianya akan digunakan untuk buat analisa kesihatan anak piru yang dibeli dari penternak berbeza. – 90 % siap
5.Buat lawatan di 3 lokasi penternak ayam piru di sekitar Kedah dan Penang. – 1 lokasi lagi belum lawat.
6.Nak beli anak ayam piru tambahan sebanyak 40 ekor sehingga akhir Julai nanti.
7.Nak mohon bantuan inkubator.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam selasih,
ayam turkey
Pemeliharaan Anak Ayam Piru aka Turkey
Kejadian kematian anak ayam piru dengan jumlah yang banyak merupakan pengalaman saya yang pertama. Saya pun tak pasti mengapa anak ayam piru tersebut mati. Dari jumlah sebanyak 71 ekor tinggal 30 ekor setakat ini. Alhamdulilah buat masa ini jumlah tersebut masih kekal 30 ekor. Beberapa persoalan yang timbul mengapa terjadi begitu. Mungkin disebabkan keadaan reban yang kecil ataupun ayam piru tersebut tidak boleh dicampur. Ini disebabkan saya telah beli anak ayam piru ini dari 3 penternak yang berlainan.
Dari pengalam ini saya bercadang untuk tambah reban untuk anak ayam piru ini lagi. Saya jangka reban ini bo;eh isi dalam 30 ke 35 ekor anak ayam piru. Mungkin hujung bulan ini saya akan cuba dapatkan 30 anak ayam piru lagi. Gambar di atas adalah gambar reban ayam piru yang belum siap lagi.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Wednesday, July 15, 2009
Ayam Selasih
Pernah tengok atau dengar ayam selasih. Selalunya orang cari ayam selasih ini untuk buat ubat. Dagingnya warna hitam, bulunya warna putih dan amat cantik sekali. Saya ada 3 ekor ayam selasih yang berumur dalam sebulan. Ayam selasih ini ada 2 jenis. Rupa kedua-duanya sama saja tapi hanya bezanya dikaki sahaja. Sebab bagi yang original ayam selasih , kuku kakinya ada 5 atau 6 jari dan kakinya berbulu. Lihat gambar saya ini di mana ayam selasih sedang posing (warna putih)
Labels:
Angsa,
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam selasih,
ayam turkey
Tuesday, July 14, 2009
Anak Ayam Piru
Anak ayam piru yang sudah berumur hampir sebulan ada sebanyak 33 ekor. Dijangka dalam 2 bulan lagi, Anak ayam piru ini perlu diletakkan dalam kandang baru nanti. Harapan saya agar anak aym piru sihat selalu. Sebab sebelum ini jumlah anak aayam piru yang dibeli adalah sebanyak 71 ekor. Hampir 40 ekor anak ayam piru mati dan tidak diketahui sebabnya. Mungkin ujian dan cabaran yang Allah tunjukkan kepada saya. Alhamdullilah.
Labels:
Angsa,
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Sunday, July 12, 2009
Reban aka Ladang Ayam Piru aka Turkey
Minggu lepas ( Sabtu dan Ahad) beberapa aktivit bagi menaiktaraf reban aka ladang ini telah dilakukan. Pihak kami telah ke lokasi kayu terpakai bagi membeli beberapa tiang dan zink bagi membuat tambahan reban aka ladang ini. Target untuk siapkan reban aka ladang ini adalah hingga hujung bulan Julai ini. Ini menampung tambahan ayam piru yang berdasarkan kedewasaan sekarang ini adalah sebulan. Keluasan reban ini adalah lebih kurang 14 kaki x 15 kaki. Fully covered dengan zink dan dinding separa zink. Sebelum reban itu dimakeoverkan oleh kami,lihatlah reban original yang yang serba kekurangan. Gambar paling atas ialah kawasan yang akan dipagar tempat ayam piru untuk buat exercise dan jalan-jalan cari makan.Nampak tak tiang dan juga pokok mangga yang berperanan sebagai pokok hiasannya nanti.
Labels:
Angsa,
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey,
itik
Tuesday, July 7, 2009
Lawatan Ke Teluk Kumbar
Lokasi yang ingin dituju adalah Teluk Kumbar.Nama penternak ini ialah En Nan. Lupa nak tanya full name dia pulak. Hampir 3 tahun berkecimpung dalam penternakan ayam piru. Beliau sekarang full time buat business ini sekarang. Kalau di dalam pulau ini En Nan salah seorang penternak ayam piru agak berjaya jugak. Masa kat sini kami dijamukan dengan buah durian ( buah baru jatuh) dan juga buah rambutan. Semasa lawatan ini pihak kami berjaya memperolehi 30 ekor anak ayam piru. Seperti biasa anak ayam piru ini akan dibawa ke ladang Kuala Ketil.Umur anak ayam ini sekarang lebih kurang sebulan. Semasa lawatan kami, kami telah dapat melihat mesin penetasan anak ayam piru. Siap dengan gambar anak ayam piru sedang posing dalam gambar tersebut.
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey
Monday, July 6, 2009
Lawatan Ke Ipoh
Nak cerita lawatan ke Ipoh, ladang abg Jimmy. Lawatan ini bertujuan untuk mengambil 19 ekor ayam piru aka turkey dari brother Jimmy ini. Rasanya dalam trek selebriti pun Jimmy ada buat kat sini juga. Rombongan ini disertai oleh saya, adik ipar saya dan bapa mentuaku serta Sumaiyah(anak saya). Time arrival kami lebih kurang pukul 11.00 pagi. Di samping itu kami dibawa tour ke kandang kambing dan juga projek ternakan ikan di sini. Disertakan gambar-gambar sensasi iaitu kandang kambing, kolam ikan dan aksi-aksi menarik untuk tatapan tuan/puan. Ucapan semoga sukses bagi projek kambing dan ikan air tawar buat boss.(Jimmy jangan saman ye fasal postingkan gambar ini. kalau nak aku boleh buang gambar ni nanti )
Labels:
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey,
jimmy shanley
Sunday, July 5, 2009
Lawatan Ladang Fisol
Fisol salah seorang penternak yang masih baru berkecimpung dalam menternak ayam piru ini. Saya jumpa Fisol ini di rumah Ang Hashim. Masa itu dia nak order anak ayam piru dalam 200 ekor. Selepas agak lama tak jumpa beliau, saya dan adik ipar saya datang ke rumah beliau di Permatang Tok Jaya. Lokasi reban ayam piru beliau di belakang rumah sahaja. Di sini terdapat lebih 300 ekor ayam piru. Ayam piru beliau pun sudah pun bertelur.Lihat sahaja dalam gambar ini.
Labels:
Angsa,
Ayam Belanda,
ayam mutiara,
ayam piru,
Ayam Piru Kedah,
ayam turkey,
itik
Subscribe to:
Posts (Atom)