Friday, March 18, 2011

Penyaki Hawar atau Sampar

Bagi penternak ayam dan piru, penyakit ini seperti telah menjadi lumrah. Ada yang menerima sampai 2 atau 3 kali. Bagi saya selalunya penyakit ini telah menjangkiti ternakan kita, baru kita mencari ubat atau ikhtiar bagi mengatasinya.

Tapi agak malang, ternakan ini ada yang tidak mampu menahan penyakit tersebut dan ada juga yang mampu mengatasinya. Kemungkinan cara yang terbaik sekali ialah mendapat nasihat dari pihak Jabatan Pertanian di mana dari segi ubat-ubatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.
Di samping itu kita perlu alert sekiranya sekitar kawasan yang berdekatan dengan tempat penternakan kita ada berlakunya penyebaran penyakit tersebut. Pada masa ini kita boleh mengatasi atau melindungi ternakan kita dengan ubat-ubatan tersebut.

Cara yang saya lakukan sekarang ialah menjaga kebersihan kawasan ternakan dan juga kandang bagi tujuan menyediakan keadaan suasana yang selesa dan persekitaran yang sihat.

Tuesday, February 8, 2011

Selamat Datang Tahun 2011


Agak lama saya tidak update blog saya ini. Ini disebabkan tugas harian dan tugas untuk family yang tidak pernah selesai.

Menternak ayam piru menyeronokan sebab boleh melihat tingkah laku haiwan yang berada di ladang kita. Bagi mereka yang mempunyai kerja tetap , tekanan kerja dapat dikurangkan dengan melihat ayam-ayam ini berlari di sekitar ladang tersebut.

Pada kawan-kawan yang sama-sama berkecimpung dalam arena penternakan ayam piru ini saya ingin doakan agar kita berjaya dan berpeluang untuk bertemu pada masa hadapan.

Saya bercadang untuk mengumpul kumpulan penternak-penternak ayam piru ini agar dapat bergabung dan membangunkan perniagaan ayam piru ini bersama. Sekiranya sesiapa yang berminat silalah berhubung dengan saya atau email kepada saya - nama, lokasi dan nombor telefon tuan/puan bagi tujuan untuk berhubung.

Semoga kita dapat bertemu nanti.

Terima kasih

Monday, December 20, 2010

Selamat Tinggal 2010

Selamat bertemu kembali. Pada akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan tugas di pejabat. Maklum sahaja syarikat yang berorientasikan keuntungan. Kadang kala bila balik dari pejabat macam terasa berapa lama kita perlu kerja macam ini. Mungkin kena cari sumber pendapat lain bagi menggantikan pendapat yang tetap ini.

Yang paling penting kena usaha dan bekerja dengan kuat. Saya juga berharap dengan kawan-kawan diluar yang berkecimpung dalam pertanian dapat bekerjasama untuk menubuhkan satu kumpulan ataupun konsortium bagi memacu kejayaan kumpulan tersebut.

Harapan dan juga impian saya, untuk mencapai satu peringkat jualan ayam piru dewasa yang begitu membanggakan. Setakat 2 tahun ini , jualan tidak begitu memberangsangkan disebabkan ayam piru yang dijual begitu terhad. Jadi tahun 2011 ini sasaran saya ialah 100 ekor ( mohon bantuan dan pertolongan Allah swt) dan harga jualan pun sekitar RM 16.00 sekilo sekiranya hajat dan harapan saya ditunaikan. Kita perlu mengimplmentasikan sifat sedekah dalam perniagaan kita.

Semoga berjumpa lagi, insyaallah

Friday, August 20, 2010

Cabaran dan Dugaan

Hampir 2 tahun saya membela ayam piru ini dan pada bulan lepas adalah dugaan besar yang saya hadapi. Selama ini pihak saya tidak pernah diuji dengan cabaran dalam membela ayam piru ini. Pada awal penglibatan dahulu hanya modal dan juga pengetahuan yang menyekat saya dari membela ayam piru ini.

Tetapi pada akhir bulan lepas, ayam piru ternakan saya dan juga ayam kampung telah diserang oleh sejenis penyakit. Penyakit ini yang dikenali sebagai hawar atau sampar. Bagi ayam kampung hanya tinggal sepasang sahaja yang hidup. Manakala ayam piru pula lebih kurang 50 ekor mati akibat serangan ini.

Kebanyakan ayam piru yang mati ini adalah kategori remaja dan bagi yang telah dewasa ada juga yang mati. Kelemahan saya dapati ialah lambat bertindak dan mengenal pasti sebab-sebab penyakit itu. Ini kerana bermulanya dengan kematian seekor ayam piru dewasa di dalam kandang. Di samping itu saya dapati kebanyakkan ayam piru dari kandang tersebut nampak lesu dan tidak bermaya. Dengan andaian sendiri ini mungkin disebabkan ayam telah lama dikurung maka saya melepaskan ayam tersebut agar segar kembali.

Disebabkan kelemahan dari ilmu penyakit maka bermulalah kematian yag begitu banyak sehingga melibatkan ayam kampung. Pengajaran saya dapati ialah kita perlu mengetahui penyakit-penyakit yang boleh berlaku dan juga dapat mengetahui langkah-langkah penjagaan dan ubat-ubatan. Jangan ambil mudah walaupun saya telah hampir dua tahun tiada sebarang penyakit yang datang menyerang , saya gagal untuk membantu mencegahnya.

Akibatnya dari serangan penyakit ini ayam-ayam piru hampir tidak menghasilakn telur selama sebulan dan juga anak-anak yang ditetaskan hampir kesemuanya mati.

Mungkin ujian daripada maha Esa.