Friday, August 20, 2010

Cabaran dan Dugaan

Hampir 2 tahun saya membela ayam piru ini dan pada bulan lepas adalah dugaan besar yang saya hadapi. Selama ini pihak saya tidak pernah diuji dengan cabaran dalam membela ayam piru ini. Pada awal penglibatan dahulu hanya modal dan juga pengetahuan yang menyekat saya dari membela ayam piru ini.

Tetapi pada akhir bulan lepas, ayam piru ternakan saya dan juga ayam kampung telah diserang oleh sejenis penyakit. Penyakit ini yang dikenali sebagai hawar atau sampar. Bagi ayam kampung hanya tinggal sepasang sahaja yang hidup. Manakala ayam piru pula lebih kurang 50 ekor mati akibat serangan ini.

Kebanyakan ayam piru yang mati ini adalah kategori remaja dan bagi yang telah dewasa ada juga yang mati. Kelemahan saya dapati ialah lambat bertindak dan mengenal pasti sebab-sebab penyakit itu. Ini kerana bermulanya dengan kematian seekor ayam piru dewasa di dalam kandang. Di samping itu saya dapati kebanyakkan ayam piru dari kandang tersebut nampak lesu dan tidak bermaya. Dengan andaian sendiri ini mungkin disebabkan ayam telah lama dikurung maka saya melepaskan ayam tersebut agar segar kembali.

Disebabkan kelemahan dari ilmu penyakit maka bermulalah kematian yag begitu banyak sehingga melibatkan ayam kampung. Pengajaran saya dapati ialah kita perlu mengetahui penyakit-penyakit yang boleh berlaku dan juga dapat mengetahui langkah-langkah penjagaan dan ubat-ubatan. Jangan ambil mudah walaupun saya telah hampir dua tahun tiada sebarang penyakit yang datang menyerang , saya gagal untuk membantu mencegahnya.

Akibatnya dari serangan penyakit ini ayam-ayam piru hampir tidak menghasilakn telur selama sebulan dan juga anak-anak yang ditetaskan hampir kesemuanya mati.

Mungkin ujian daripada maha Esa.

2 comments:

  1. Salam tuan.
    saya juga menerima nasib yang sama seperti tuan. 12 ekor piru dewasa, +- 30 ekor anak piru dan +- 50 ekor ayamkampung saya menjadi korban sampar ayam ini. Ketentuan yang Maha Esa tu kita xleh kata apa la.yang penting, xdak ke cara/ vaksin/ ubat/ petua/amalan/ teknologi yang kita bleh usahakan utk cegah jangkitan ini?

    ReplyDelete
  2. mungkin tuan boleh tanya Abg Hashim. Ada blog dia..org Kubang Menerong

    ReplyDelete