Monday, December 20, 2010

Selamat Tinggal 2010

Selamat bertemu kembali. Pada akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan tugas di pejabat. Maklum sahaja syarikat yang berorientasikan keuntungan. Kadang kala bila balik dari pejabat macam terasa berapa lama kita perlu kerja macam ini. Mungkin kena cari sumber pendapat lain bagi menggantikan pendapat yang tetap ini.

Yang paling penting kena usaha dan bekerja dengan kuat. Saya juga berharap dengan kawan-kawan diluar yang berkecimpung dalam pertanian dapat bekerjasama untuk menubuhkan satu kumpulan ataupun konsortium bagi memacu kejayaan kumpulan tersebut.

Harapan dan juga impian saya, untuk mencapai satu peringkat jualan ayam piru dewasa yang begitu membanggakan. Setakat 2 tahun ini , jualan tidak begitu memberangsangkan disebabkan ayam piru yang dijual begitu terhad. Jadi tahun 2011 ini sasaran saya ialah 100 ekor ( mohon bantuan dan pertolongan Allah swt) dan harga jualan pun sekitar RM 16.00 sekilo sekiranya hajat dan harapan saya ditunaikan. Kita perlu mengimplmentasikan sifat sedekah dalam perniagaan kita.

Semoga berjumpa lagi, insyaallah

Friday, August 20, 2010

Cabaran dan Dugaan

Hampir 2 tahun saya membela ayam piru ini dan pada bulan lepas adalah dugaan besar yang saya hadapi. Selama ini pihak saya tidak pernah diuji dengan cabaran dalam membela ayam piru ini. Pada awal penglibatan dahulu hanya modal dan juga pengetahuan yang menyekat saya dari membela ayam piru ini.

Tetapi pada akhir bulan lepas, ayam piru ternakan saya dan juga ayam kampung telah diserang oleh sejenis penyakit. Penyakit ini yang dikenali sebagai hawar atau sampar. Bagi ayam kampung hanya tinggal sepasang sahaja yang hidup. Manakala ayam piru pula lebih kurang 50 ekor mati akibat serangan ini.

Kebanyakan ayam piru yang mati ini adalah kategori remaja dan bagi yang telah dewasa ada juga yang mati. Kelemahan saya dapati ialah lambat bertindak dan mengenal pasti sebab-sebab penyakit itu. Ini kerana bermulanya dengan kematian seekor ayam piru dewasa di dalam kandang. Di samping itu saya dapati kebanyakkan ayam piru dari kandang tersebut nampak lesu dan tidak bermaya. Dengan andaian sendiri ini mungkin disebabkan ayam telah lama dikurung maka saya melepaskan ayam tersebut agar segar kembali.

Disebabkan kelemahan dari ilmu penyakit maka bermulalah kematian yag begitu banyak sehingga melibatkan ayam kampung. Pengajaran saya dapati ialah kita perlu mengetahui penyakit-penyakit yang boleh berlaku dan juga dapat mengetahui langkah-langkah penjagaan dan ubat-ubatan. Jangan ambil mudah walaupun saya telah hampir dua tahun tiada sebarang penyakit yang datang menyerang , saya gagal untuk membantu mencegahnya.

Akibatnya dari serangan penyakit ini ayam-ayam piru hampir tidak menghasilakn telur selama sebulan dan juga anak-anak yang ditetaskan hampir kesemuanya mati.

Mungkin ujian daripada maha Esa.

Saturday, July 10, 2010

Ayam Mutiara / Api-api

Bercerita mengenai ayam mutiara ini, saya mempunyai 4 ekor sahaja pada permulaannya. Tetapi bagi mendapatkan zuriat dari ayam mutiara ini agak lama juga. Mungkin ayam mutiara ini lambat sikit matangnya. Setelah hampir satu tahun setengah, baru saya berhasil mendapat anak ayam mutiara ini. Setakat hari ini, sebanyak 15 ekor anak ayam mutiara berjaya menetas dan dapat hidup dengan sihat. Umur ayam mutiara ini di antara 3 minggu ke 7 minggu. Tunggu pada minggu depan saya cuba untuk mendapat gambar anak ayam mutiara ini. Ini disebabkan anak ayam mutiara ini agak buas sikit. kalau duduk dalam kandang tu, berlari ke sana sini. macam orang gila babi aje.

Stok Jualan Untuk Raya







Lama juga saya tidak update blog saya ini. Ok bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan ayam piru sempena Hari raya Aidil Fitri boleh booking dengan saya melalui sms atau call. Setakat ini baki stok yang ada sebanyak 10 ekor sahaja. Bagi ayam-ayam piru lain telah selamat disambar oleh pembeli dan rasanya dah selamat berada di dalam peurt mereka.

Disertakan gambar-gamber ayam piru yang telah tiada dalam stok. Faham-faham la maksud saya tu.

Monday, May 3, 2010

Jualan Anak Ayam Berumur sebulan



Buat masa ini saya ada stok sebanyak 48 ekor anak ayam piru berumur sebulan ke atas. Sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk mendapat anak ayam ini seperti gambar di atas sila hubungi pihak saya atau En Noor Amin. Harga seekor adalah RM 15.00 di mana ayam ini telah agak besar dan dapat melawan penyakit. Di jangka kadar kematian ayam piru seperti umur ini adalah amat sedikit. Jangkaan kematian setiap 100 ekor ialah kurang dari 5 ekor.

Jualan Anak Ayam Piru

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak ayam piru , saya akan menjual secara pukal di mana harga RM 6 seekor bagi mereka yang membuat tempahan sebanyak 50 ekor. Umur anak ayam piru ini di antara seminggu ke 2 minggu. Sekiranya tuan/puan ingin membuat tempahan sila hubungi secara sms/call kepada pihak saya atau En.Noor Amin seperti nombor handphone di dlam blog ini..

Jualan Ayam Piru Untuk hari Raya Puasa

Pada musim perayaan hari raya puasa ini , pihak saya bercadang ingin menjual ayam-ayam piru saya pada harga RM 17.00 sekilo. Bagi mereka yang berminat pihak tuan/puan bolehlah membuat booking sekarang di mana harga ini akan kekal hanya sehingga bulan Jun 2010 sahaja. Bagi ayam-ayam piru yang tidak dibooking pihak saya akan menyerahkan ayam tersebut pada pihak peraih yang akan mengambil stok mulai bulan Ogos.

Cara-cara booking adalah menghantar sms kepada En Noor Amin seperti no handphone dalam blog ini atau kepada pihak saya sendiri.

Jualan Pasangan Ayam Piru kedua



Ini adalah pasangan ayam piru yang kedua di mana ayam ini telah bertelur. Manakala ayam jantan tersebut telah pun matang berumur 7 bulan. Harga yang ditawarkan bagi pasangan ini adalah RM 180.00 juga.

Ayam Piru Yang Matang



Bersama ini saya sertakan gambar ayam piru yang telah matang dan sedang bertelur. Saya bercadang untuk menjualnya secara berpasang-pasang. Harga bagi ayam piru bagi pasangan pertama ini ialah RM 180.00 sepasang.

Monday, January 11, 2010

Pakej Baru Ayam Piru

Salam Sejahtera kepada Tuan/Puan

Terdapat beberapa masalah yang selalu dihadapi oleh penternak ayam piru. Antaranya jualan yang berterusan sepanjang tahun. Salah satu caranya ialah menjual anak ayam piru tersebut. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar overhead bagi setiap bulan. Kebanyakan anak ayam yang dijual selalunya umur di antara seminggu ataupun 2 atau 3 minggu. Bagi penternak baru kemugkinan untuk menjaga anak-anak ayam piru ini agak sukar sedikit. Ada di antara mereka yang akan kematian anak-anak ayam piru ini.

Bagi mengurangkan kadar kematian anak-anak ayam piru, cara yang agak terbaik ialah dengan membela anak ayam piru yang berumur lebih dari sebulan ke atas. Di sini saya ingin menawarkan anak-anak ayam yang berumur sebulan sehingga berumur 4 bulan. Pihak tuan/puan boleh beli secara sepasang atau banyak sekali. Sekiranya berminat sila hubungi telefon saya di dalam blog ini.

Thursday, January 7, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalammualaikum !

Dah lama tak update blog saya. Agak sibuk kebelakang ini kerana bebarap masalah. Hari ini saya nak share serba sedikit tentang perkembangan ladang ayam piru saya ini. ini dikira tahun kedua saya telah menternak ayam piru ini. Alhamdullilah, banyak cabaran dan juga penjagaan yang perlu dibuat. Setakat ini saya masih lagi maintain 100 ekor lagi. Ini termasuk yang kecil umur dalam 3 bulan.

Niat dihati saya nak jual bukan sahaja daging tapi juga anak ayam piru yang berumur sebulan ke atas untuk peminat yang nak bela saja atau peminta yang bela dan korbankan ayam piru raya nanti. Buat masa adalah amat sesuai untuk membeli anak bagi tujuan dikorban pada raya nanti.

Jumpa lagi.