Sunday, August 23, 2009

3rd Generation Ayam Piru akaTurkey











Ini adalah pertama kali ayam piru 3rd G keluar dari rebannya yang membosan mereka. Mereka ini dibawa di ladang yang telah dipagar. Mereka pun memakan rumut-rumput dan serai yang ada di situ. Bagi yang jantan pula mengembangkan bulunya bagi menunjukkkan aksi-aksi yang boleh menarik kaum betina. Lihat gambar di mana ayam ini dalam proses untuk masuk ke reban semula, Mungkin mereka masih janggal lagi.

Telur Ayam Piru















Telur ayam piru yang telah berada di dalam inkubator ini sebanyak 36 biji. Ibu ayam piru yang bertelur ini ada sebanyak 14 ekor. Dijangka semua ibu ayam piru ini akan bertelur pada bulan September nanti. Jumlah telur ayam piru yang akan menetas pada akhir bulan Ogos ini sebanyak 13 biji. Sekiranya bilangan telur semakin banyak , saya terpaksa untuk menambah sebiji inkubator lagi bagi menampung jumlah telur ayam piru yang semakin meningkat.

Extension Reban Ayam







Pembesaran reban ayam piru ini telah mengambil masa hampir 3 minggu. Maklum aje pakar-pakar yang membina reban ini terdiri dari pekerja part time aje. yang free hari Sabtu dan Ahad. Jadi masa yang di ambil agak lama. Keluasan reban ini lebih kurang 15 kaki x 14 kaki. Reban yang baru dibina ini dipecahkan kepada 2 bahagian. Ini bagi menampung jumlah anak ayam piru yang semakin dewasa. Terbina reban ayam ini akan menjadikan jumlah ayam piru yang dikategori dewasa sebanyak 56 ekor.

Saturday, August 22, 2009

Dalam Kenangan: 6 Ekor Anak Ayam Piru








Disertakan gambar anak ayam piru yang ditetaskan oleh inkubator saya.Keenam-enam ayam piru tersebut telah mati. Kami menunggu batch ke 2 telur ayam piru ini yang akan ditetaskan pada akhir bulan ini. Beberapa langkah telah diambil di mana reban anak ayam piru yang akan ditetaskan ini akan diubahsuaikan. Bagi mengelakkan anak ayam piru ini berada dalam keadaan sempit dan sesak.

Tuesday, August 18, 2009

Anak Ayam Piru dari Inkubator

Lama juga saya tak dapat nak update blog saya ini disebabkan kesibukan masa. Untuk perkongsian informasi , anak ayam piru yang ditetaskan sebanyak 6 ekor itu telah mati. Saya pun tidak pasti mengapa? Mungkin saya kena asing dari anak ayam yang lain dulu. Jadi saya terpaksa modified reban yang ada supaya anak ayam piru yang baru ditetaskan kena asing dulu. Mungkin anak ayam itu tak kuat lagi.

Monday, August 10, 2009

Inkubator

Ayam piru yang saya bela sebanyak 21 ekor ( 7 jantan dan 14 betina) telah menghasilkan telur sebanyak 26 biji ( setakat 9.8.09). Pada awalnya telur ayam piru ini dieramkan dengan menggunakan ibu ayam. Masalah utamanya masa itu tidak banyak ibu ayam yang sedang mengeram. Di samping itu telur ayam piru ini agak besar sedikit dari telur ayam jadi jumlah telur yang dieramkan adalah kecil. Sebagai alternatif bagi mengatsi masalah ini saya berserta pak mentua dan adik ipar menziarahi partner kita En Arif di Pinang Tunggal untuk mendapatkan satu mesin inkubator bagi tujuan menentaskan anak ayam ini.

Sebanyak 23 biji telur ayam piru dan 3 biji telur ayam kampung telah di masukkan ke dalam inkubator tersebut. Tarikh telur-telur tersebut dimasukkan ialah pada 2.8.09 iaitu tarikh yang sama dengan tarikh inkubator itu dibeli. Telur ayam yang dimasukkan sebanyak 3 biji itu adalah telur yang ditinggalkan oleh ibu ayam selepas anak ayam yang lain telah menetas. Pada hari Rabu 5.8.09 sebiji dari telur ayam tersebut telah menentas di dalam inkubator tersebut.

Pada tarikh 9.8.09 pula , 6 biji ayam piru yang dieram sebelum ini dengan ibu ayam telah menetas di dalam inkubator tersebut. Pada awal petang ( 3.00 - 6.00 petang) sebanyak 3 biji telur ayam piru telah ditetaskan. Sehingga malam lagi 3 biji lagi menetas dalam inkubator tersebut. Tetapi ada sebiji telur ayam piru yang telah ditebuk kulitnya tetapi anak ayam piru gagal untuk memecahkan telur tersebut Akhir anak ayam yang masih berada dalam telur telah mati.

Tinggal 3 biji telur ayam piru yang masih belum lagi menentas dan sekiranyanya pada 15.8.09 masih tidak menenats, telur kenalah dibuang. Ini kemungkin telur tersebut telah rosak kerana menurut ilmu yang saya perolehi telur ayam piru ini sepatutnya telah menetas dalam jangka masa 28 hari sehingga 29 hari. Walau bagaimanapun mengikut teori , jumlah telur yang berjaya ditetas berdasarkan pengiraan 70 % dari jumlah keseluruhan telur tersebut.

Tuesday, August 4, 2009

Lawatan Ke Ladang Ayam Piru En Asri














Lawatan ke ladang En Asri ini adalah kali yang kedua. Kali yang pertama dahulu adalah untuk melihat dan site survey ladang En Asri. Tapi bagi lawatan kedua ini adalah bertujuan untuk membeli anak ayam piru bagi menambah koleksi di reban saya. Sebanyak 30 ekor anak ayam piru telah dibeli dari En Asri di mana 2 ekor tambahan dari sumbangan dari En Asri. Bercerita tentang kejayaan En Asri ini terdapat 350 ekor ayam betina di ladang beliau ini. Di mana jumlah keseluruhan ayam piru di ladang beliau ini lebih kurang 500 ekor. Semenjak saya berkecimpung dalam dunia ayam piru ini, ladang beliau merupakan jumlah ayam piru yang paling banyak sekali. Hasil dari sembang dengan beliau, jumlah telur yang dikeluarkan seminggu lebih kurang 100 biji sehari. Beliau menentas telur ayam piru ini di kedai di Pekan Kepala batas.Menurut cerita beliau anak ayam piru beliau ini di hantar ke Selangor. Lebih kurang seribu ekor anak ayam piru ini dihasilkan dari ladang En Asri ini.

Monday, August 3, 2009

Gambar Ayam Piru Jantan Sedang Posing







Pada dua minggu yang lepas, adalah hari yang agak sibuk di mana proses memasang pagar di ladang yang baru ditambah. Masa itu kami lepaskan semua ayam piru dari 1st Generation and 2nd Generation untuk bersantai sekejap. Lihat aksi ayam piru jantan di ladang ini. Dari jumlah 21 ekor ayam piru yang kami ada, 7 ekor adalah jantan.Anggaran berat bagi setiap ekor ayam jantan ini adalah lebih kurang 5 kg. ketika ini umur ayam piru ini adalah 6 bulan. Kalau mengikut harga pasaran bagi setiap kilo daging ayam piru ini adalah RM 18. Setakat ini hanya 4 ekor ayam piru ini boleh dipasarkan. Manakala 3 ekor akan dijadikan pejantan bagi 14 ekor ayam betina itu nanti. 3 dari 4 ekor ayam jantan ini telah pun dibooking oleh pihak pelanggan. Hanya tinggal seekor saya yang belum dibooking oleh pelanggan. Kalau tuan/puan berminat sila email aje di rafitm@hotmail.com