Saturday, October 3, 2009

Ayam Generasi Ke 4







Ini adalah ayam piru dari generasi ke 4 di mana berjumlah 28 ekor. Generasi ini adalah generasi yang terdiri dari 4 pembekal anak ayam yang berlainan. Tidak pasti dari pembekal mana yang berjaya hidup kerana jumlah asalnya ialah sebanyak 70 ekor. Tetapi disebabkan kekurangan ilmu maka banyak anak ayam piru yang mati. Dari pengalaman yang berharga ini , saya belajar macam mana hendak menjaga mereka. Ucapan terimakasih pada bapa mentua yang sentiasa berada di kalangan ayam piru ini.

Projek Jual Anak Ayam Piru

Penjualan anak ayam piru yang pertama telah berjalan dengan lancar. Pihak pembeli ingin membeli seberapa banyak anak ayam piru yang ada. Tetapi pihak kami masih dalam proses permulaan jualan anak ayam piru yang pertama di mana 14 ekor telah dijual. Semuanya berlaku di Kuala Ketil. Awesome man..

Anak Ayam Piru aka Turkey




Gambar ini di ambil selepas beberapa jam anak ayam piru tersebut menetas. Kelihatan bulu-bulu masih masih belum kering kerana keadaan basah di dalam telur tersebut. Anak-anak ayam piru masih belum dapat berdiri dengan tegak kerana masih lemah lagi.