Monday, September 28, 2009

Plan Tahun 2010

Bila balik dari raya tahun ini dan ramai yang ziarah ladang ayam turkey aka ayam piru. Ramai yang tergoda melihatnya dan ada yang berniat untuk turut serta dalam industri penternakan ayam piru ini. Apabila saya balik ke Kuala Ketil, saya merasakan sekiranya ada potensi ayam piru ini saya bercadang untuk berkongsi dengan penduduk di Kuala Ketil ini nanti.

Dengan cara ini ia dapat membantu saya memperbanyakan jumlah ayam piru yang akan dapat dipasarkan oleh pihak saya. Cadangannya adalah untuk menjadi penduduk Kuala ketil sebagai feeder kepada ayam piru saya nanti. Sekiranya berjaya saya akan memulakan denga 2 atau 3 orang dahulu. Mungkin seorang diberi percuma anak ayam jantan piru sebanyak 10 ekor. Sekian.

Anak Ayam Piru Menetas Lagi

Pada hari raya yang ke 8 sebanyak 12 ekor anak ayam piru aka turkey telah menetas. Jumlah telur yang gagal ditetaskan sebanyak 3 biji sahaja. Pada minggu ini ( 3 hb) dijangka akan menetas lagi. Jumlah telur yang ada adalah sebanyak 16 biji. Kepada mereka yang berminat sila buat tempahan.

Thursday, September 24, 2009

Projek Tetas menggunkan Inkubator




Semasa hampir menjelang Syawal, telur ayam piru menetas sebanyak 9 ekor dan menetas lagi pada dua hari selepas raya sebanyak 11 ekor. Setakat semalam alhamdullilah semuanya selamat. Sebanyak 170 biji telur ayam piru yang masih belum ditetaskan lagi. Projek seterusnya ialah jual anak ayam piru. Harga yang ditawarkan mungkin berdasarkan jumlah anak ayam yang akan dibeli.

Selamat Eidul Mubarak

Kepada kawan-kawan, pembeli-pembeli dan pengikut saya, saya ucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Eidul Mubarak. Pada Hari Raya yang baru berlalu, terdapat permintaan daging bagi ayam piru aka turkey ini. Jadi kami pun jual dengan harga special. Di mana terdapat sedikit miscommunication. Yang penting semua pihak boleh belajar dengan pengalam baru ini. Sebanyak 3 ekor ayam jantan telah dikorbankan bagi memenuhi permintaan tersebut. Selepas dibersihkan berat bagi ketiga-tiga ekor ayam tersebut lebih kurang 12 kilo.Sekian.

Tuesday, September 15, 2009

Anak Ayam Generasi yang Ke 4




Selepas siapnya extension reban pada 2 minggu lepas. saya pun melepaskan anak-anak ayam piru tersebut ke reban baru ini. Maklumlah mereka dah agak besar sedikit, jadi reban temporary hari tu rasanya dah tak muat lagi. Jadi bila mereka dimasukkan ke dalam reban itu, nampaknya mereka agak terkejut melihat kehebatan reban ini. Dengan pasir yang gebu tempat mereka bermain-main. Lihat gambar mereka. Ayam selasih ini pun saya masukkan sekali dengan ayam piru tersebut.

Sunday, September 13, 2009

Pengumuman Untuk En Razip dari Johor

En Razip dari Johor, saya minta maaf banyak-banyak , saya telah terdelete sms tuan. Harap sms atau email kepada saya kembali. Minta maaf banyak-banyak.

Anak Ayam Piru Menetas Lagi

Balik ke kampung Kuala Ketil pada petang Jumaat dan sempat berbuka puasa bersama mentua semua. Pada malam selepas tarawih singgah tengok inkubator yang baru, terdapat 4 ekor anak ayam piru telah keluar dari telurnya. Kelihatan sihat dan bugar. Semoga panjang umur. Setakat ini telah ada sebanyak 13 ekor anak ayam piru yang telah ditetaskan oleh inkubator tersebut.

Tuesday, September 8, 2009

Ayam Piru Bertelur





Kebanyakan ayam piru saya ini lebih suka bertelur di luar reban. Beberapa lokasi telah dikenalpasti telah menjadi tempat utama ayam piru ini bertelur. Antaranya ialah di atas atap reban, di sebelah bawah pokok cempedak dan dicelah pokok serai. Purata telur sehari bagi group 14 ekor betina ini ialah lebih kurang 8 biji. Itu sebab saya terpaksa order lagi satu inkubator bagi menampung jumlah telur yang kian bertambah.

Anak Ayam Yang Dibeli dari En Asri











Anak ayam yang saya beli dari En Asri pada bulan lepas berjumlah 32 ekor tetapi 5 ekor telah mati. Tinggal sekarang ini 27 ekor sahaja. Lihatlah mereka dah semakin besar. Jangkaan umur hampir dalam 2 bulan.

Aksi Si Ayam Piru Jantan
















Terdapat 7 ekor ayam piru jantan yang telah dewasa. Lihatlah aksi-aksi mereka yang cuba menonjolkan diri masing-masing. Ayam piru jantan yang ada dalam kolesi saya ialah berwarna hitam dan putih sahaja.

Friday, September 4, 2009

Gambar Anak Ayam Piru Yang Baru Menetas











Ini adalah gambar anak ayam piru aka turkey yang baru berumur dalam 3 hari. Kelihatan anak ayam piru ini seperti anak anak ayam biasa ketika kecil.

Wednesday, September 2, 2009

Anak Saya dan Ayam Piru




Anak saya ini begitu suka sekiranya dapat masuk dalam ladang ternakan ayam piru ini. Anak saya akan kejar ayam piru ini dan akan cuba membuat bunyi agar ayam piru akan ikut berbunyi.

Ayam Selasih Part 3


Ini adalah ayam selasih yang berumur hampir 3 bulan. Ayam selasih ini tidaklah berapa besar dibandingkan dengan ayam kampung. Rasa-rasa beratnya kurang dari 1 kilo. Warna ayam ini tetap berwarna putih.

Extension Reban Ayam Piru





Pertambahan keluasan reban telah siap sepenuhnya.Ayam dari 4 Generation telah masuk ke dalam reban ini. Nampaknya ayam piru ini begitu selesa dengan reban baru ini.Pada awalnya ayam-ayam piru agak kekok dan gelabah bila berada di dalam reban ini.

Tuesday, September 1, 2009

Ayam Ayam Piru - Menetas Kali ke 2

Pada 29.8.09 sebanyak 6 ekor anak ayam piru telah menetas. Jumlah telur yang menetas sebanyak 6 biji daripa 12 biji. Warna anak ayam ini dijangkakan berwarna putih sebanyak 5 ekor dan seekor campuran hitam dan putih. Buat masa ini anak ayam piru ini dalam keadaan sihat. Gambar mereka akan saya publish pada esok hari.